Monday, March 2, 2009

Annual Cup Futsal Tournament - Champions





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang mempermudahkan urusan kami.



Pada hari sabtu yang lalu, satu pertandingan futsal telah diadakan di stadium futsal Russian State Medical University , pertandingan yang mempertemukan pasukan-pasukan jaguh dari tiga buah universiti yang mempunyai pelajar-pelajar Malaysia.

Moscow Medical Academy (M1) - 4 Pasukan
Russian State Medical University (M2) - 6 Pasukan
Moscow Aviation Institute (MAI) - 2 Pasukan

Pusingan Pertama (kumpulan)

Geng Malaysia atau singkatannya GM telah ditempatkan di dalam group A, atau dengan kata lain , group maut. 3 pasukan yang dikategorikan sebagai pasukan hebat, E-471 (MAI) , U9 (M1) dan Penyu ( M1) . Buat permulaan, ahli-ahli GM merasa seakan terlalu kerdil untuk melangkah masuk melihat kehebatan mereka. Pada perlawanan pertama, E-471 telah menewaskan U9 (7-0).

GM pula, bertemu dengan pasukan Penyu, sparuh masa pertama menyaksikan seakan ada satu kekuatan hadir untuk memberikan yang terbaik, ini kerana , GM sebagai satu pasukan yang ingin menunjukkan bahawa menutup aurat bukanlah penghalang untuk meraih kejayaan dalam apa jua bidang, telah mendahului 3-0. Hasil jaringan Mahfudz aka Chepooh (1) dan Afiq (2).

Sepatuh masa kedua, dua kesilapan dari penjaga gawang, syazwan aka pokwe, telah menyebabkan gol dibolosi. Kesudahannya, GM berjaya menang tipis 3-2.

Perlawanan kedua , GM bertemu U9. Sejarah pada perlawanan yang lalu, GM telah ditewaskan 6-2 ketika perlawanan separuh akhir pertandingan sukan Komuniti. Ini membuatkan seluruh ahli GM begitu berhati-hati menentang U9. Sebelum perlawanan dimulakan, akmal memperingatkan kami untuk buat yang terbaik. Ingat tujuan asal bermain.

Perlawanan dnegan U9 cukup getir. Sehinggalah, satu peluang dibuat, awe telah menyempurnakan peluang diberi. Kesudahannya , GM - 1 vs U9- 0.


Masuk perlawanan ketiga , menentang E-471 (MAI ). Kemenangan mereka 7-0 ke atas U9 membuatkan kami lebih berhati-hati. Setiap gerak geri pihak lawan dijaga dengan betul, tetapi perancangan manusia tidak pernah sempurna. Dua gol dari pihak E-471 telah mengikat perlawanan kami dengan 2-2. Satu kemenangan moral buat kami.

Kami memasukiQuarter final sebagai naib juara kumpulan, sama mata dengan E-471 , hanya dibezakan dengan jaringan gol.



Quarter Final

Quarter final ini menyaksikan kami menentang Heroes (M1) . Kumpulan ada sejarah tersendiri dengan kami. Ketika perlawanan sukan umno tahun lalu, kami telah dibelasah 4-0. Keperitan merasai kekalahan dengan mereka tahun lalu, membuatkan kami mengambil kedudukan setiap dari kami perlu untuk menjaga setiap pemain yang ada.

Seorang satu . Kata Afiq, setiap seorang perlu jaga isteri masing-masing. Jangan cuba usik isteri orang, katanya penuh gurauan. Pokwe telah diberi peringatan untuk meningkatkan daya tumpuan, kerana setiap ahli dari Heroes mempunyai kehebatan tersendiri. Daya tumpuan penjaga gawang saat ini sangat diperlukan untuk membantu gawang dari dibolosi.

Setelah beberapa minit masa perlawanan dimulakan, setiap ahli GM menampakkan semangat menasihati yang agak tinggi. Jeritan pokwe '' jangan loose marking, jangan tido, jaga orang '' kedengaran ditambah dengan kata-kata dari pemain-pemain kami di luar gelanggang.

Ketika keriuhan dan kegawatan ini, Fakhrullah aka Fakhrul Belle , telah melihat seperti satu garis lurus dari tengah. Bola kini berada di kakinya, dengan penuh pengharapan, ditumpukan sepenuh kekuatan dirinya di kakinya. Satu sepakan kencang dilepaskannya. Kini matanya ditutup.

Dalam fakhrul menutup matanya, dia mendengar jeritan dari penyokong disambut tepukan yang gemuruh dari penyokong. Dibuka matanya, dilihat bola kini ada di dalam gawang gol.

''Alhamdulillah.. ''

Dipeluk rakan-rakan sepasukan. Pertahanan diperketatkan. Sehingga separuh masa kedua, gawang gol GM berjaya dipertahankan.

Alhamdulillah, GM berjaya meneruskan perjuangan memasuki separuh akhir.

Separuh Akhir

Perlawanan separuh akhir kami bertemu Boogis, kumpulan yang penuh sejarah. Selama kami bertemu mereka, dua kali, di dalam liga RSMU, kami tidak pernah menang. Tahun lalu, kami kalah 0-3 , dan tahun ini, 1-2. Kekalahan yang dialami, telah membuatkan kami semua sepakat, bahawa , tiada yang boleh membuatkan kami menang melainkan tawakkal,doa dan usaha.

Sebelum memasuki perlawanan, strategi demi strategi dibuat. Setiap seorang diberi amanah untuk menjaga orang-orang tertentu. Syarat penukaran pemain kami diberikan. Ada pemain kami yang dilarang keluar jika rakannya keluar.

Setelah beberapa minit perlawanan dimulakan, Afiq membuatkan kami sedikit gembira apabila menjaringkan gol pertama. kemudian, asakan bertubi-tubi dari Pasukan Boogis datang bertalu-talu.

Sehinggalah, peluang terbuka untuk Aman (boogis), tidak disia-siakannya. Satu sepakan kencang ditujukan ke gawang gol. Ketika sepakan dari Aman dilakukan, Pokwe telah menutup mata, sambil berharap bola akan ke tangannya untuk ditepis.

Bunyi sorakan penonton membuatkan pokwe melihat ke gawang.

''Aduh, masuk juga ko ye bola ''.. Kekecewaan sedikit terukir di wajah pokwe. Itulah satu kelemahan pokwe, jika bola yang disepak terlalu kuat, pasti dia akan menutup mata. Satu kelemahan yang perlu dibaiki.

Wisel ditiup , menandakan berakhirnya perlawanan dengan jaringan 1-1.

Kini kemenangan akan ditentukan dengan sepakan penalti.

Iqbal (Boogis) - sepakan terkena tiang.
Chepooh (GM) - masuk.

Anand (boogis) - masuk
Fakhrul Belle (GM) - masuk

Ketika ini, gemuruh di hati penjaga gawang hanya Allah yang tahu. Setiap pemain GM menyuruhnya agar selawat banyak-banyak. Pokwe menuju ke gawang gol dengan hatinya yang penuh rasa berharap agar GM diberikan kemenangan.

Wisel dibunyikan, Dalvin (boogis) akan mengambil sepakan. Pokwe bersedia. Dalvin berlari ke arah bola, pokwe menumpukan pandangannya pada bola, ingin melihat ke mana arahnya.

Bola disepak, kencang menuju ke tengah gawang. Pokwe berusaha menahan. Bola berjaya ditahan. Sorakan gemuruh dari penyokong. Pokwe mengambil bola dan disepaknya ke arah bertentangan. Terus berlari ke arah teman-teman seperjuangan. Ahli-ahli GM melahirkan rasa syukur tak terkira.

Berjaya menuju ke peringkat akhir.

Perlawanan Akhir

Kesemua pemain GM berkumpul di bilik rehat. Akmal memberikan sedikit ucapan,

''sekarang ni kita dah sampai final. Apa yang pasti sekarang, kita buat terbaik. Kita doa, jika kemenangan ni baik untuk kita, kita minta Allah berikan kemenangan ini kepada kita. Jika kemenangan ni buruk untuk kita, kita minta Allah jauhkan kemenangan ni dari kita. Yang penting sekarang, kita tawakkal, doa, dan usaha sebaik mungkin. ''
Pemain GM semuanya mengangguk, akur dengan segala keputusan yang akan dilalui selepas ini.

Kini, apa yang berada di hadapan, semuanya fikir, buat yang terbaik. Semua pemain GM turun dengan niat yang satu, bermain dengan menutup aurat tidak menghalang kejayaan !!

Semuanya bersiap sedia.

Perlawanan akhir kami bertemu dengan Chittapa. Dua kali peretmbungan sebelum ini berakhir dengan kemenangan di pihak GM , tahun lepas 2-0 tahun ini juga 2-0. Cuma perlawanan akhir ini, masih menjadi tanda tanya siapakah yang bakal memenangi perlawanan ini.

Separuh masa pertama bermula dengan sengit. Masing-masing berusaha untuk menjaringkan gol awal sebagai pemangkin pyschology. Sehinggalah Afiq (GM) berjaya mencari peluang, dan

Goll!!!.. satu stadium gemuruh dengan sorakan pemain.

Separuh masa pertama GM bertahan bermati-matian sehingga akmal dikenakan kad kuning pertama. Amaran oleh pengadil, Alaxender. Bunyi wisel menamatkan babak pertama dengan cukup mendebarkan. Tinggal separuh masa lagi atau 10 minit kedua yang akan menentukan siapa akan merangkul juara.

Wisel ditiup, perlawanan diteruskan. Chittapa menajamkan lagi serangan, ada yang berjaya ditepis ada yang tidak berjaya menuju sasaran.

Perlawanan menjadi semakin cemas, apabila Akmal (GM) buat kali kedua dilayangkan kad kuning, dan seterusnya di buang padang. Kad Merah!!!

Pemain GM semuanya berwaspada. Mencari peluang untuk meneruskan kemaraan. Sehingga satu peluang yang hampir berjaya dilakukan oleh Afiq,

Tang !!!

Bola terkena tiang.

Chittapa tidak membuang masa, mereka terus menyerang , sehinggalah ,

Goooooooooollllllllllllllll!!!!!!!

Gemuruh bunyi sorakan penonton dan aksi penjaring gol chittapa sathiya membuka baju membuatkan pemain GM, pokwe merasakan bahawa GM macam dah kalah, tapi.... Masih seri, kenapa begitu meriahnya?... Tidak mengapa, masih ada berbaki masa lagi.

Lima saat kemudian, bunyi wisel kedengaran. Tamat babak kedua. Perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti.


Sepakan pertama

brahma (chittapa)= berjaya dihalang oleh pokwe
Chepooh - masuk

Sepakan kedua
Arul (Chittapa)- masuk
Fakhrul Belle - masuk

Sekarang, semua penonton dan pemain-pemain tertumpu pada dua orang. Seorang pemain chittapa , Yupdesh, apakah berjaya meneruskan perlawanan, atau pokwe , apakah berjaya menghalang kemaraan Chittapa seterusnya membawa pulang kemenangan bagi GM.

Pengadil meniupkan wisel, satu stadium semua senyap sunyi. Masing-masing menumpukan suara sama ada untuk sorak kegembiraan kemenangan GM atau sorak kegembiraan untuk Chittapa.

Pokwe sekali lagi menjadi harapan GM. Masing-masing merasakan bahawa pintu kemenangan sudah semakin hampir. Pokwe menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bola dihadapannya yang akan disepak.

Dilihat dari jauh, pokwe melompat-lompat ke kanan dan ke kiri. Mungkin untuk mengelirukan pemain lawan. Tumpuan masing-masing masih tertumpu pada mereka berdua.

Yupdesh meluru ke arah bola, pokwe sudah berhenti melompat. Bola disepak kencang dalam keadaan meleret terus ke arah kanan penjaga gawang. Pokwe menolak kaki kanannya ke hadapan, bola berjaya dihalang sehinggakan bola melantun ke arah luar sebelah kanan.

Waahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Semua pemain GM meluru ke arah pokwe.

Afiq , Fakhrul , Awe , Akmal , Chepooh, Hilmi , Zufar. Berlari menuju pokwe. Semuanya berpelukan. Pelukan kegembiraan.

Kemenangan diperolehi dengan keadaan cukup dramatik.

Alhamdulillah. Selepas beberapa ketika meraikan kemenangan, beberapa pemain GM sujud syukur di tengah padang, menunjukkan rasa syukur kepada Allah, memberikan kemenangan kepada kami.

Benarlah , menutup aurat tidak pernah menghalang kejayaan.