Wednesday, November 26, 2008

Pertandingan Sukan Komuniti - Tempat Ke - 4

Sabtu ni semua ahli GM kena datang awal : 1st Match


-----------------------------------------------------------------------






Sabtu yang lalu, berlaku satu peristiwa yang menjadi titik tolak bermulanya era baru Geng Malaysia, apabila kami menduduki tempat ke 4 dalam pertandingan sukan Komuniti anjuran sebuah kelab di sini.

Pertandingan yang disertai oleh kumpulan-kumpulan bola sepak dari tiga university seluruh Moscow ini menjadikan pertandingan ini adalah di antara pertandingan bola sepak futsal paling berprestij yang dianjurkan.

University yang turut serta adalah dari Russian State Medical University, Moscow Medical Academy , dan Moscow Academy Institut. Pertandingan yang bermula jam 800 pagi itu berakhir pada jam 6 petang. Keletihan sangat tergambar di wajah pemain-pemain Geng Malaysia.



Ketika di peringkat kumpulan, gawang gol Geng Malaysia tidak berjaya dibolosi, alhamdulillah, berkat kesungguhan ahli-ahli geng malaysia menjaganya. :)

Tiga perlawanan dimenangi dengan 2 berbalas kosong setiap satu.



Ketika di peringkat suku akhir, Kami terpaksa berhempas pulas untuk memenangi ke peringkat seterusnya. Gol yang dijaringkan kumpulan colo-colo pada saat-sat akhir menyebabkan perlawanan terpaksa dipanjangkan ke sepakan penalti.

Alhamdulillah, berkat doa dari rakan-rakan, penjaga gawang Geng Malaysia, Mohammad Syazwan a.k.a pokwe, telah menyelamatkan tiga sepakan berturut-turut dari pihak lawan, memberikan kemenangan paling manis bagi Geng Malaysia.

Gol Kami dijaringkan oleh sauadara Ahmad Fakhrullah atau digelar dengan panggilan "manusia paling pantas atas muka bumi"



Peringkat sepruh akhir menyaksikan ahli-ahli GM sudah separuh mati dibuatnya. Masing-masing kepenatan. Bermain dari pagi hanya berbekalkan 7 orang pemain berbanding pasukan lain dengan 10 pemain, kami akhirnya akur dengan ketangkasan pihak lawan.

Pokwe menunjukkan aksi yang sangat mengecewakan, tetapi syukur dia hanya melepaskan 6 biji gol untuk pertandingan separuh akhir. 2-6 . kami mengakui kehebatan pihak lawan.





Akhirnya, kami mampu untuk merangkul tempat ke 4. Syukur. Hasrat kami pada mulanya menubuhkan pasukan ini hanyalah semata-mata mahu menunjukkan bahawa dengan menutup aurat juga , boleh memperoleh kejayaan. Syukur, sekurang-kurangnya kami berjaya juga menunjukkan mesej, islam boleh diamalkan di pelbagai ruang lingkup.

Moga-moga usaha kami yang kecil ini, boleh menjadi titik tolak untuk sahabat-sahabat mendapatkan kekuatan untuk terus menyuburkan islam di dalam diri .



Setiap kali sebelum masuk gelanggang, cuba muhasabah diri masing-masing tentang niat asal kami.

Sunday, October 5, 2008

Geng Malaysia 08/09

Nama: Muhammad Hilmi bin Hashim
Umur: 22
DOB: 20.9.86
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Berat: tidak berapa berat
Tinggi: boleh tahan jugak la tinggi
Posisi: Satu padang
Special Skills: Tonjol
Kaki dominan: tiada
Tangan dominan: tiada
Sekolah2 lama, dari tadika smpai sek men dan matriks: Tadika Evershine, SK Pasir Gudang 2, SMS Kota Tinggi,
Pemain bola kegemaran: Al Chipendale
Harapan utk GM utk tahun ni: dulu 3 dari depan, tahun ni 12 dari belakang
Pengalaman bermain bola (sek rendah,sek men): Akademi bola sepak VG
status: busy


Nama: Mohammad syazwan bin Ma'amin
Umur: 20
DOB: 27 - 05 - 1988
Berat: 61
Tinggi: 170
Posisi: penjaga gawang
Special Skills: suara kuat
Kaki dominan: kangan
Tangan dominan: kanan
Motto: memberi dengan kasih sayang ,
Pemain bola kegemaran: pemain2 GM 2007/08 - Afiq afar, hilmi hashim, fakhrullah, puyi , hanif rushdi, nasri ishaq ..
Harapan utk GM utk tahun ni: Main untuk berdakwah, main dengan ceria , jangan tension2 , tenang2kan diri , senyum2 selalu
Pengalaman bermain bola (sek rendah,sek men): juara bola sepak peringkat sekolah (menang lawan team wakil sekolah) huhuhu...
status: Sudah ditanda (sebagai keeper GM)


Nama:muhamad akmal bin saleh
DOB:02/07/1988
Berat:70 kg
Tinggi:185 cm
Posisi:defender
Special Skills:suara yg kuat,kaki panjang,
Kaki dominan:kanan
Tangan dominan:kanan
Motto:kawasaki n yamaha
Tempat lahir:kt ats katil spital...
Sekolah2 lama, dari tadika smpai sek men dan matriks:taska nek aku,sk merlimau 2,sdary,star,matrik mlake..
Pemain bola kegemaran:hilmi hasim(gm),
Harapan utk GM utk tahun ni:semua member gm dpt jdi suami yg soleh(sape yg xkawen,cpat lah kawen)...insyALLAH
Pengalaman bermain bola (sek rendah,sek men):ehm main guli pandai r...
status:for sure dah kawen lah...gm kan team org kawen..hahahhaha

Nama: Mohd Afiq Bin Mohd Nor
Umur: 22 Tahun
DOB: 7 April 1986
Berat: 60 kg
Tinggi: 160 cm
Posisi: No 7
Special Skills: Secret
Kaki dominan: Kanan
Tangan dominan: Kanan
Motto: Tidak dapat tidak hanya untuk Allah.
Tempat lahir: Kuantan, Pahang.
Sekolah2 lama, dari tadika smpai sek men dan matriks:
Tadika Yayasan Islam Kemaman Trg, Sultan Ismail School Kemaman Trg, Sekyen 20 School Shah Alam, TTDI Jaya Primary School Shah Alam, Pulai Chondong Primary School Machang, Kolej Yayasan Saad Melaka.
Pemain bola kegemaran: Franck Bilal Ribéry
Pengalaman bermain bola (sek rendah,sek men): Sek Rend - Jajahan Machang, Kelantan. Sek Men - Bersara Awal
Status: Ber-Baitul Muslim


Nama:ahmad mahfudz bin mukri aka chepooh
Umur:going 20
DOB:10 DEC 88
Berat:result may vary
Tinggi:170+
Posisi:mid
Special Skills:biasa2 je
Kaki dominan: kanan
Tangan dominan:same goes wit d foot
Motto: think,learn and grow rich
Tempat lahir:mache,kLate
Sekolah2 lama, dari tadika smpai sek men dan matriks:tgk kat fster,byk skolah..
Pemain bola kegemaran:flo,zola,drogba,nedved,messi,cantona,j.cole,raul,safee sali,
che hishamuddin
Harapan utk GM utk tahun ni: play beautiful
Pengalaman bermain bola (sek rendah,sek men):tadika ak men police sentry,sek ren ak pasif,sek men ak men basket+rugby,blk kg br men bola..xbyk pglmn.(n_n)
status:single but taken


Nama: MOHD AFIQ BIN AHMAD RUSHDI
Umur: 22
DOB: 15051986
Berat: 60
Tinggi: 167
Posisi: CURI AYAM
Special Skills: HAMPIR2 MACAM RONALDINHO ( aka Ronaldafiq )
Kaki dominan: kangan
Tangan dominan: kiri
Motto: effort, pray and tawakkal are the sources of success!~
Tempat lahir: Hosp. Besar Kuala Terengganu
Sekolah2 lama, dari tadika smpai sek men dan matriks: SRK ISLAH, SK KIJAL, SK KG. AIR, SMK SULTAN ISMAIL 2, SMK MELOR, SMS TG. MUHAMMAD FARIS PETRA, MATRIK ARAU, PERLIS, INTEC SHAH ALAM, RSMU
Pemain bola kegemaran: diri sendiri (^^,)
Harapan utk GM utk tahun ni: moga pemain2 GM bermain bersungguh2 dan sentiasa ceria serta ukhwah sentiasa terjalin..iA~
Pengalaman bermain bola (sek rendah,sek men): xde pengalaman.. 1st tyme men series skit tyme kat rsmu..kui3~
status: invisible


Nama:Ahmad Fakhrullah Annuar
Umur:23 tahun
DOB:31/10/1985
Berat:56kg
Tinggi:165cm
Posisi:Penyerang
Special Skills:e=mc2
Kaki dominan:Kanan
Tangan dominan:Kanan
Motto:Perjuangan masih belum selesai
Tempat lahir:Perak Darul Ridzuan
Status:Married

Saturday, October 4, 2008

Selamat datang

Selamat datang ke blog Geng Malaysia. Tujuan utama blog ini dilancarkan adalah untuk menuntut kembali 100 rubel daripada pihak pengurusan RFL 08-09 (100 rubel daripada yuran pendaftaran bagi setiap pasukan iaitu sebanyak 500 rubel adalah sebagai ugutan untuk setiap pasukan membuat blog pasukan mereka). Al, nak 100 rubel kitorang!!! hehe