Wednesday, November 26, 2008

Pertandingan Sukan Komuniti - Tempat Ke - 4

Sabtu ni semua ahli GM kena datang awal : 1st Match


-----------------------------------------------------------------------






Sabtu yang lalu, berlaku satu peristiwa yang menjadi titik tolak bermulanya era baru Geng Malaysia, apabila kami menduduki tempat ke 4 dalam pertandingan sukan Komuniti anjuran sebuah kelab di sini.

Pertandingan yang disertai oleh kumpulan-kumpulan bola sepak dari tiga university seluruh Moscow ini menjadikan pertandingan ini adalah di antara pertandingan bola sepak futsal paling berprestij yang dianjurkan.

University yang turut serta adalah dari Russian State Medical University, Moscow Medical Academy , dan Moscow Academy Institut. Pertandingan yang bermula jam 800 pagi itu berakhir pada jam 6 petang. Keletihan sangat tergambar di wajah pemain-pemain Geng Malaysia.



Ketika di peringkat kumpulan, gawang gol Geng Malaysia tidak berjaya dibolosi, alhamdulillah, berkat kesungguhan ahli-ahli geng malaysia menjaganya. :)

Tiga perlawanan dimenangi dengan 2 berbalas kosong setiap satu.



Ketika di peringkat suku akhir, Kami terpaksa berhempas pulas untuk memenangi ke peringkat seterusnya. Gol yang dijaringkan kumpulan colo-colo pada saat-sat akhir menyebabkan perlawanan terpaksa dipanjangkan ke sepakan penalti.

Alhamdulillah, berkat doa dari rakan-rakan, penjaga gawang Geng Malaysia, Mohammad Syazwan a.k.a pokwe, telah menyelamatkan tiga sepakan berturut-turut dari pihak lawan, memberikan kemenangan paling manis bagi Geng Malaysia.

Gol Kami dijaringkan oleh sauadara Ahmad Fakhrullah atau digelar dengan panggilan "manusia paling pantas atas muka bumi"



Peringkat sepruh akhir menyaksikan ahli-ahli GM sudah separuh mati dibuatnya. Masing-masing kepenatan. Bermain dari pagi hanya berbekalkan 7 orang pemain berbanding pasukan lain dengan 10 pemain, kami akhirnya akur dengan ketangkasan pihak lawan.

Pokwe menunjukkan aksi yang sangat mengecewakan, tetapi syukur dia hanya melepaskan 6 biji gol untuk pertandingan separuh akhir. 2-6 . kami mengakui kehebatan pihak lawan.





Akhirnya, kami mampu untuk merangkul tempat ke 4. Syukur. Hasrat kami pada mulanya menubuhkan pasukan ini hanyalah semata-mata mahu menunjukkan bahawa dengan menutup aurat juga , boleh memperoleh kejayaan. Syukur, sekurang-kurangnya kami berjaya juga menunjukkan mesej, islam boleh diamalkan di pelbagai ruang lingkup.

Moga-moga usaha kami yang kecil ini, boleh menjadi titik tolak untuk sahabat-sahabat mendapatkan kekuatan untuk terus menyuburkan islam di dalam diri .



Setiap kali sebelum masuk gelanggang, cuba muhasabah diri masing-masing tentang niat asal kami.

2 comments:

afiqawe said...

Salam
tahniah2...

Ni makin semangat nak main ni...
hehehehe

Arulkanesh said...

GM.. smartla..
congratz dpt no. 4..
all the best for the league games..
:)